Amorim 'tamatkan' karier Casemiro di United

FootballSports
29 Jan 2025 • 10:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Casemiro

RUBEN Amorim memberikan bayangan masa depan Casemiro di Manchester United telah berakhir selepas menyifatkan pemain itu tidak lagi sesuai beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain tengah Real Madrid itu telah dikaitkan dengan perpindahan dari Old Trafford sejak tahun lalu dan masa depannya semakin tidak menentu dengan kedatangan Amorim.

Pemain berusia 32 tahun itu hanya membuat enam penampilan di bawah ketua jurulatih Portugal itu dan dia tidak bermain dalam empat perlawanan liga terakhir United.

Menurut Amorim, corak permainan Casemiro juga tidak menepati kemahuannya sekali gus akan menyaksikan pemain itu meninggalkan The Red Devils.

"Dia perlu mempunyai ciri-ciri yang saya mahukan dan kemudian saya perlu memilih pemain yang sesuai dalam perlawanan.

"Saya perlu membuat beberapa pilihan. Saya mahu bermain gaya permainan yang kadangkala berbeza daripada jurulatih lain dan saya perlu memilih berdasarkan perkara tersebut," katanya.

Pada awal jendela perpindahan Januari, dilaporkan bahawa Cristiano Ronaldo telah meminta Al-Nassr untuk mendapatkan Casemiro menyertai kelab Arab Saudi itu.

Ronaldo dan Casemiro pernah beraksi bersama di Real Madrid dan pernah memenangi 12 trofi bersama sebelum bersatu semula di United di bawah kendalian Erik ten Hag.

Pasukan Liga Pro Saudi Al-Qadsiah dan Al-Ittihad juga dikatakan turut mahu mendapatkan Casemiro, namun belum ada pengesahan rasmi tawaran daripada kelab-kelab tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved