Amsterdam Gesa Penjawat Awam Henti Gunakan Telegram Kerana Didakwa Tidak Selamat

TechnologyDigital
21 Aug 2024 • 11:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Majlis Perbandaran Amsterdam menggesa anggota kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram kerana kebimbangan terhadap aktiviti jenayah dan risiko pengintipan. Bagaimanapun sebenarnya ia telah dilaksanakan sejak April namun tidak didedahkan kepada umum sehinggalah dilaporkan beberapa sumber pada Isnin. Larangan itu dibuat susulan selepas aplikasi Telegram dikaitkan dengan kontroversi sebagai tempat pelindungan selamat untuk penggodam, penjenayah siber serta pengedar dadah.

image is not available

Keadaan yang sama turut berlaku di Perancis tahun lalu kemudian menyarankan supaya mana-mana penjawat awam menggunakan Olvid atau Tchap – aplikasi yang dibangunkan khusus untuk penjawat awam tiga tahu lalu – sebagai aplikasi pemesejan bagi tujuan rasmi. Selain Telegram, aplikasi beli-belah Temu dan AliExpress turut diklasifikasikan sebagai sangat berisiko.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved