“Amy Search, ceritalah benda betul..”- Awie luah kecewa, penat dikaitkan isu Shila Amzah

LocalEntertainment
12 Jul 2025 • 2:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie meluahkan rasa kecewa apabila terus dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut meminta agar Amy tampil menjelaskan perkara sebenar bagi membersihkan namanya yang turut terpalit dalam isu tersebut.

image is not available

Menurut Awie, beliau kini mengalami tekanan mental akibat dihujani pelbagai tuduhan dan spekulasi daripada netizen yang disifatkan tidak berasas.

“Amy Search, kau ceritalah benda yang betul. Habis semua manusia kepoh ini tuduh aku. Ambillah tanggungjawab ini, bagitahu perkara yang sebenarnya.
“Penat dan senak dada aku nak membaca dan menjawab hal kau,” katanya.

image is not available

Awie luah kecewa, penat dikaitkan isu Shila Amzah

Sebelum ini, polis mengesahkan menerima laporan daripada penyanyi terkenal, Shila Amzah yang mendakwa dirinya diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda semasa sesi latihan konsert.

image is not available

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata laporan itu dibuat oleh Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah pada 10 Julai lalu kira-kira jam 5.31 petang di Balai Polis Dang Wangi.

Bagaimanapun, Awie tidak memperincikan isu sebenar yang menjadi punca ketidakpuasan hatinya terhadap Amy Search.

Sumber: FB Awie Pamalo