
Tidak berselindung, penyanyi rock Malaysia, Dato’ Awie tampil memuat naik hantaran dengan meminta agar penyanyi lelaki lagenda, Datuk Amy Search bersuara isu mengherdik penyanyi wanita, Shila Amzah ketika terlibat dalam satu acara pada Khamis.
Awie ‘seru’ nama Amy Search
Susulan teruk menerima kecaman daripada warganet susulan dituduh mengherdik Shila, Awie meminta agar Amy membuat penjelasan secepat mungkin.
Amy Search, kau ceritalah benda yang betul.. Habis semua manusia kepoh ni tuduh aku! Benda ni turut mengakibatkan orang yang tiada kena mengena.

Kata Awie lagi, disebabkan dituduh ‘jahat’, ramai yang mencarinya untuk mendapatkan kepastian mengenai isu yang berlaku ini.
Tak teragak buat laporan polis
Dalam pada masa yang sama, penyanyi rock itu tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika ada pihak keterlaluan menyebarkan fitnah.
View this post on Instagram
Sebelum ini, kecoh di platform media sosial selepas Shila Amzah meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang penyanyi lagenda yang mengherdiknya serta membuat laporan polis kerana berasa tidak selamat berhubung isu tersebut.
Shila Amzah Bagi Klu Penyanyi Lelaki 'Lagenda' Didakwa Herdiknya - "Happy Dapat Jumpa Jaclyn, Ella & Tak Sempat Nak Bergambar Dengan Abang Awie"
The post “Amy Search.. Kau Ceritalah Benda Betul, Habis Semua Tuduh Aku!” – Awie first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


