Amy Search Hantar Surat Tuntutan Kepada Shila Amzah – “Kita Tengok Macam Mana Nanti…”

EntertainmentPolitics
5 Aug 2025 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi legenda, Datuk Amy Search dikhabarkan telah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Shila Amzah berhubung kontroversi yang tular pada Julai lalu.

Hal itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Amy iaitu Datuk M Reza Hassan dan katanya, peguam yang mewakili Shila meminta waktu untuk tindakan lanjut.

Kita baru hantar LOD tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila.

image is not available

M Reza berkata dia bagaimanapun tidak dapat berkongsi lanjut tentang butiran terperinci mengenai tuntutan yang dibuat terhadap Shila.

Kita tengok macam mana nanti.

Terdahulu, penyanyi berusia 35 tahun itu telah membuat laporan polis dan mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda.

Laporan itu dibuat Shila pada 10 Julai dan dia kemudian mengesahkan individu dimaksudkan adalah bapa kepada pelakon Nabila Huda iaitu Amy Search.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarga.

Amy kemudian tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 16 Julai.

image is not available

image is not available 2025-07-16 15:12:49

Hadir Ke IPD Shah Alam Bersama Isteri, Polis Sahkan Amy Search Buat 'Cover Report'