Peguam dedah Amy Search hantar notis tuntutan kepada Shila Amzah

LocalEntertainment
5 Aug 2025 • 5:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Peguam kepada penyanyi Datuk Amy Search iaitu Datuk M Reza Hassan mendedahkan notis tuntutan (LOD) telah dihantar kepada penyayi Shila Amzah susulan kontroversi yang mencalarkan imejnya pada bulan lalu.

Hantar notis tuntutan

image is not available

Memetik laporan mStar, M Reza berkata, peguam yang mewakili Shila meminta sedikit masa lagi untuk tindakan lanjut setelah menerima arahan daripada penyanyi itu.

“Kita baru hantar LOD, tapi mereka minta waktu untuk mendapatkan arahan lanjut daripada Shila,” kata M Reza, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan buat masa ini butiran lanjut mengenai tuntutan terhadap penyanyi itu tidak dapat didedahkan memandangkan ia merupakan perkara sulit.

“Saya tak boleh nak kongsi lagi. Kita tengok macam mana nanti,” jelasnya.

Difahamkan, pada 10 Julai lalu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, telah membuat laporan polis mendakwa dirinya diserang oleh seorang penyanyi legenda iaitu Amy Search.

image is not available

Susulan itu, pihak polis telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak dan hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada rasa tidak puas hati Amy terhadap Shila yang didakwa mencampuri urusan keluarganya.

Untuk rekod, pada 16 Julai lalu, Amy tampil membuat laporan di lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan perkara itu disahkan oleh peguamnya, M Reza.

Sumber: mStar (Najiy Jefri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved