Amyza Aznan mohon doa dan bantuan buat anak

LocalFamily & Parenting
23 Feb 2026 • 11:26 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon Amyza Aznan memohon doa dan sokongan daripada orang ramai bagi anaknya, Andre Mikhail, yang kini sedang berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Dalam hantaran di Insta story, Amyza menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan anaknya dan memohon bantuan daripada mereka yang mempunyai kepakaran perubatan, termasuk rawatan alternatif, untuk membantu Andre.

“Saya ibu kepada Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya!” tulis Amyza.

Beliau turut memaklumkan bahawa doktor telah menasihatkan keluarga supaya bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Baca juga:
image is not available

Amyza berharap sebarang bentuk bantuan, termasuk rawatan jarak jauh atau perubatan alternatif, dapat diberikan demi keselamatan dan kesihatan anaknya.

“Tolong sesiapa yang pandai dalam bidang perubatan alternatif, saya perlukan bantuan anda sekarang!” tambahnya.

image is not available
View this post on Instagram

A post shared by amyzaaznan (@amyzaaznankaaia)

Sebelum ini, Amyza turut memaklumkan anak keduanya, Andrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.

Perkongsian Amyza itu turut menarik perhatian selebriti dan peminat, yang mengirimkan doa serta kata-kata sokongan kepada keluarga tersebut.

The post Amyza Aznan mohon doa dan bantuan buat anak appeared first on The Reporter.