Anak ajak ziarah kubur, damba pelukan & doa seorang bapa sebelum duduki ujian lisan SPM

LocalEntertainment
18 Dec 2024 • 11:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial memaparkan seorang anak ajak ziarah kubur bapanya sebelum pergi ke sekolah bagi menduduki ujian lisan Bahasa Inggeris Sijl Peperiksaan Malaysia (SPM).

Menerusi hantaran tular, dilihat seorang pelajar lelaki memakai pakaian seragam sekolah sedang berada di tanah perkuburan dipercayai di Kluang, di sini, pada Rabu.

Dalam video itu, pelajar berkenaan menghadiahkan al-Fatihah buat si bapa sebelum menyiram air di atas pusara.

Anak ajak ziarah kubur

Namun, apa yang menyentuh hati ramai apabila pelajar lelaki berkenaan sendiri mengajak si ibu menziarahi kubur bapanya dan meluahkan perasaan rindu akan insan tercinta itu.

Luah pelajar berkenaan, dia rindu mendapat pelukan dan doa daripada seorang bapa sebelum menduduki peperiksaan seperti kebanyakan orang seumur dengannya.

“Hari ini SPM, si abang ujian bertutur Bahasa Inggeris. Dia cakap nak pergi kubur ayah sebelum jawab soalan.
“Dia cakap semua orang sebelum jawab periksa dapat peluk dan doa dari ayah mereka, tapi abang.
“Al-fatihah buat Muhamad Rasidi bin Puteh, moga syurga buat kamu,”kongsi pengguna TikTok dikenali jue497.

image is not available

image is not available

image is not available

Al-Fatihah, jangan sedih..

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa simpati dan tidak henti memberi kata-kata semangat buat remaja berkenaan untuk meneruskan kehidupan.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Didoakan semoga adik ini terus kuat, dipermudah segala urusan pada masa akan datang. Banggakan ayah adik tau walaupun dia dah tiada di sisi.

Sumber: TikTok jue497