Ujian dan dugaan yang dilalui, tidak mematahkan semangatnya, malahan dia semakin bangkit meneruskan kehidupan dan perjuangan sebagai seorang wanita.
Kisah tular mengenai rumah tangganya bukan sebagai ukuran untuk mengundurkan diri, tetapi dia semakin bersemangat meneruskan perniagaan hasil air tangannya sendiri iaitu pai.
Menerusi hantaran di Instagram, Zahnita memaklumkan telah memperoleh pesanan sebanyak 3,000 tempahan.
“3,000 biji pai kini dalam pembikinan. Sekarang ni saya dah ada mesin pengadun 9 kilogram.
“Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, selebriti Sharifah Shahirah dengan berseloroh meminta netizen supaya memesan mengikut giliran.
Sharifah Shahirah juga merupakan antara selebriti terawal yang menyokong perniagaan Zahnita sebelum tular kisah rumah tangganya lagi.
The post Rezeki semakin mencurah-curah, Zahnita’s Humble Pie terima 3K tempahan appeared first on The Reporter.

