Anak Amyza Aznan hidap kanser paru-paru tahap tiga

Health & FitnessLifestyle
15 Feb 2025 • 7:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amyza Aznan memberitahu menerusi Instagram pada Sabtu bahawa anak sulungnya, Andre Mikhail menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

image is not available
Amyza Aznan berkongsi keadaan anaknya di Instagram pada Sabtu.

PELAKON Amyza Aznan memberitahu anak sulungnya, Andre Mikhail, 19, menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Menerusi hantaran di Instagram pada Khamis, Amyza, 50, berkata, air daripada paru-paru anaknya itu telah memasuki ke bahagian jantung.

“Assalamualaikum, saya tak tahu ayat apa yang harus saya mulakan, anak saya setelah hampir tiga minggu. Sekarang ini anak saya didiagnos kanser paru-paru tahap tiga.

"Air daripada paru-paru sudah masuk ke jantung, paru-paru sebelah kanan sudah collapse,” katanya.

Sebelum ini, Amyza mohon doakan kesembuhan anak sulungnya yang kini masih menerima rawatan di hospital akibat bendalir dalam paru-paru.

**media[3009254]**

Menerusi hantaran dalam Instagram, Amyza berkongsi paparan mesej dikirimkan Andre Mikhail berhubung keadaan kesihatannya selepas perbincangan bersama doktor.

Dalam pada itu, Amyza turut berkongsi, anaknya sangat tenang dan kuat menerima dugaan yang dihadapi walaupun perlu mendapatkan rawatan serta mengikuti prosedur kesihatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau juga memohon orang ramai untuk mendoakan agar diberikan kesembuhan kepada anak sulungnya itu.

“Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur, dia sangat tenang, mata tenang dan jururawat pun cakap dia sangat kuat...ALLAH.

“Saya merayu tumpangkanlah doa daripada semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh saya, Andre Mikhail,” ujarnya.