“Anak-Anak Ada Melawat Rosland, Dua Kali Dalam Sebulan” – Bekas Madu Miera Liyana

LocalFamily & Parenting
21 Jul 2025 • 11:10 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Harian Metro, bekas madu pelakon, Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib meluahkan rasa syukur kerana anak-anak, Nur Anissa Rosland,14, dan Nurin Tasnim Rosland, 13, gembira tinggal bersama dengannya selepas dapat hak penjagaan anak kekal dari Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Februari lalu.

Adibah mendedahkan anaknya, Nur Anissa juga sudah berpindah sekolah semula di kawasan kediamannya di Putrajaya serta kini sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah yang disertai.

Anak-anak tetap ada melawat bapanya, Rosland dan keluarga di sana, dua kali dalam sebulan mengikut keputusan yang sudah ditetapkan oleh hakim dan mahkamah.

Sebelum ini, Adibah berjuang hampir dua tahun bagi mendapatkan hak penjagaan anak kekal untuk ketiga-tiga cahaya matanya selepas bekas suami, Rosland Othman memfailkan tuntutan hadanah pada 24 Mac 2023.

Sekadar info, Rosland dan Adibah pernah mendirikan rumah tangga bersama selama 28 tahun dan dikurniakan lima orang cahaya mata. namun ahli perniagaan itu berkahwin untuk kali kedua bersama Miera Liyana pada tahun 2o20, sebelum menceraikan Adibah pada 3 Ogos 2023.

image is not available 2025-07-16 16:36:31

Rosland Tak Beri Nafkah Sejak Jatuh Talak, Adibah Tuntut Amaun Setimpal Dengan Pengorbanan - "Supaya Betul Cukup Untuk Saya & Anak-Anak"