“Bila Kita Ada Satu Sama Lain, Kita Punya Segalanya…” – Miera Leyana Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Bersama Suami Tersayang

EntertainmentLifestyle
26 Jun 2025 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon sensasi, Miera Leyana menerusi beberapa hantaran di Instagram baru-baru ini ada memuat naik foto serta video sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Rosland Othman.

Dalam hantaran itu, Miera dilihat bersama-sama Rosland menyambut ulang tahun ke-5 berserta dua anak mereka di restoran.

Kelihatan bahagia meraikan ulang tahun perkahwinan, Miera turut menulis kapsyen penghargaan buat Rosland.

When we have each other, we have everything..

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis tampil mendoakan agar perkahwinan Miera dan suami terus kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Sebelum ini, nama Miera menjadi sebutan ramai setelah bekas isteri Rosland, Adibah dilaporkan telah mendapat hak penjagaan penuh anak mereka baru-baru ini.

Malah, muncul dakwaan Rosland telah diisytiharkan muflis dan tidak dapat ke luar negara disebabkan sekatan itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Apa Sumbangan Dia Sampai Layak Diiktiraf?" - Anugerah Pingat Diraja Rita Rudaini Dipersoal Sesetengah Netizen