Anak-Anak Pulang Beraya Ke Kampung Bekas Suami, Diana Danielle; "Saya Tak Kisah Mana Dulu"

24 Mar 2025 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Anak-anak raya kampung Farid


Jelas Diana, sambutan di rumah bekas mentuanya itu lebih meriah berbanding kediamannya di Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya keadaan menjadi lebih mudah. Farid pun boleh membawa anak-anak balik kampung.

“Bila status sudah jelas, ia sebenarnya menyenangkan keadaan bagi saya sebagai seorang wanita.


“Anak-anak akan beraya dengan Farid dahulu. Saya tidak kisah mereka beraya di mana dulu kerana suasana di sebelah Farid lebih berkonsepkan kampung, manakala saya pula akan beraya di Kuala Lumpur,” ujarnya.


Konflik rumah tangga antara Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan selebriti popular itu disahkan telah bercerai talak satu pada pagi tadi. 



Lafaz cerai itu telah dilakukan Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.