Anak-Anak YTM Jefri Bolkiah Seksi & Bertatu, Netizen Persoal Status Agama – “Ingatkan Brunei Terpaling Islamik”

30 Jan 2023 • 5:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti yang kita ketahui, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memerintah negara dengan berprinsip dan mengikut ajaran Islam seperti mewartakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013 (Kanun Jenayah Syariah 2013).

Namun, pendedahan daripada seorang pengguna Twitter baru-baru ini melibatkan adinda Sultan Brunei, Jefri Bolkiah mengejutkan ramai netizen.

image is not available

Menerusi thread panjang yang dikongsinya, individu tersebut menyenaraikan beberapa orang anak Jefri Bolkiah dan ia ternyata membuatkan netizen terkesima.

Menurutnya, baginda mempunyai 19 orang anak kesemuanya daripada 6 perkahwinannya dan telah bercerai sebanyak 4 kali.

Bagaimanapun, menerusi tweet itu dia tidak menunjukkan semua sebaliknya hanya mendedahkan beberapa orang anaknya sahaja.

image is not available

image is not available

image is not available

 

“Ingatkan Brunei islamik”

Ia cukup membuatkan ramai ‘tercengang’ kerana memikirkan tentang beberapa perkara iaitu kehidupan, agama dan status mereka.

Jefri Bolkiah tidak hanya berkahwin dengan wanita beragama Islam tetapi juga dari negara lain, antaranya adalah Filipina.

Pendedahan itu membuat ramai tertanya tentang kehidupan Jefri Bolkiah dan membandingkannya dengan kekanda baginda, Sultan Hassanal Bolkiah.

Netizen turut terkesima melihat penampilan anak-anaknya yang seksi dan ada juga yang bertatu selain turut mempersoalkan status agama mereka.

Ingatkan Brunei ni terpaling Islamik.”

image is not availableimage is not available

 

Hudud untuk rakyat je….

Dalam pada itu, ramai yang turut mempersoal tentang hukum hudud yang dilaksanakan di negara tersebut dan menyindir dengan berkata ia dikecualikan untuk kerabat diraja.

Jefri Bolkiah sebelum ini pernah menjadi bualan hangat selepas tular tentang pendedahan kehidupannya yang didakwa gemar berfoya-foya dan mempunyai hamba seks yang ‘disimpan’ di satu tempat.

Malah, banyak tabloid antarabangsa yang menerbitkan tentang kisah itu selepas seorang penulis wanita mendedahkan bahawa dia pernah menjadi salah seorang hamba seks Jefri Bolkiah.

image is not available

Meremang bulu roma baca tentang pendedahan penulis tu…. Tak sangka…Wallahualam…..

image is not available 1 bulan lalu

"Budaya Apakah Ini.." - Netizen Dakwa Nampak Botol Arak, Azhar Sulaiman Dikecam Biar Anak Parti Dalam Rumah