“Anak Anjing Tu Terlalu Comel..” – Sharifah Sakinah Mohon Maaf Jika Menyinggung Hati Netizen, Enggan Ulas Lanjut

Entertainment
31 Jan 2024 • 11:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah telah memohon maaf kepada orang ramai jika ada yang tersinggung dengan video dirinya mendukung anak anjing yang tular itu.

Terima keceman netizen

Bukan itu sahaja, menurut laporan, Sharifah berkata dirinya menerima segala teguran dan kecaman yang dilemparkan oleh wargamaya terhadapnya dengan hati yang terbuka.

Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.

 

Saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati.

Tak mahu mengulas lanjut

Pada masa yang sama, aktres drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut enggan mengulas lanjut tentang perihal berkenaan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Saya tak nak ulas lebih panjang kerana tak nak keruhkan lagi keadaan.

Sebelum ini, media sosial digemparkan dengan video pelakon ini yang sedang mendukung seekor anak anjing dan dimuat naik ke Instagram Story miliknya yang mengundang rasa tidak puas hati dari kalangan netizen yang menganggap perkara tersebut tidak patut dilakukan oleh seorang Muslim.

image is not available 2 weeks ago

"Dia Duduk Diam, Tenung Je" - Tak Akan Sentuh Tuan Nak Ke Masjid, 'Bosco' Si Anjing Bijak & Manja