“Saya Jaga Batas, Tak Cium” – Geram Anjing Comel Sangat, Sharifah Sakinah Mohon Maaf

Entertainment
31 Jan 2024 • 12:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Biasalah, lepas dah buat salah mestilah minta maaf kan? Itulah yang dilakukan pelakon Sharifah Sakinah selepas dia dikecam teruk gara-gara mendukung seekor anjing.

Memetik laporan Harian Metro, Sakinah berkata dia menerima semua teguran dan kecaman yang diberikan orang ramai dengan hati terbuka.

image is not available

Dia meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perbuatannya. Kata selebriti ini lagi, dia akan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.

Ibu tunggal kepada seorang anak ini berharap isu mendukung anjing tak dipanjangkan dan disensasikan lagi. Dia juga enggan mengulas lebih lanjut kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.