Anak kepada pengarah Aziz M. Osman dan penerbit Puteri Lily Lokman, Ara Aziz mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi pada usia 15 tahun.
Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra memulakan pengajian peringkat asasi di Manipal University College Malaysia selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) pada tahun lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ara meluahkan rasa syukur dan teruja kerana menjadi antara pelajar termuda di institusi pengajian tersebut.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah, satu detik penuh bermakna dan tidak akan saya lupakan. Melangkah masuk ke Manipal University College Malaysia sebagai antara pelajar paling muda membuatkan saya berasa teruja, namun dalam masa sama merendah diri.”
Sementara itu, ibunya, Puteri Lily Lokman mengesahkan anak sulungnya kini mengikuti pengajian peringkat asasi dan sememangnya menunjukkan minat mendalam terhadap bidang sains sejak kecil.
Menurut Puteri Lily, minat Ara terhadap neurologi tercetus daripada sifat ingin tahunya mengenai fungsi otak manusia serta perbezaan cara setiap individu berfikir.
“Saya ingin berkongsi sesuatu tentang Ara. Sejak kecil dia bukan seorang yang suka menghakimi orang lain. Kalau melihat tingkah laku seseorang, dia akan bertanya, ‘Bagaimanakah otak orang itu boleh berfikir sedemikian? Mengapa setiap manusia mempunyai corak pemikiran berbeza?’”
“Sebab itulah dia bercita-cita menjadi pakar bedah otak. Baginya, ciptaan Allah sangat menakjubkan. Bentuk otak manusia hampir sama, tetapi corak pemikiran setiap orang berbeza-beza,” kongsinya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Ara terus cemerlang dalam pengajian serta berjaya merealisasikan impiannya menjadi pakar bedah otak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Saya Memang Tak Ambil Tahu Komen Netizen" - Nabil Ahmad Respon Isu Dikecam Buat Lawak Biadab Di Pentas Acara
The post Anak Aziz M. Osman ‘Luar Biasa’, Daftar Masuk Universiti Di Usia 15 Tahun – “Nak Jadi Pakar Bedah Otak” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




