Berusia 15 tahun, Ara Aziz lanjut pengajian di universiti! Kejar impian jadi pakar bedah otak

14 Jul 2026 • 9:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Anak kepada pengarah terkenal tanah air, Aziz M Osman dan penerbit Puteri Lily Lokman, Puteri Nur Azzahra atau lebih dikenali sebagai Ara Aziz, mencipta perhatian apabila melangkah ke institusi pengajian tinggi pada usia seawal 15 tahun.

Selepas menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) tahun lalu, Ara kini memulakan pengajian peringkat asasi di Manipal University College Malaysia.

Image from: Berusia 15 tahun, Ara Aziz lanjut pengajian di universiti! Kejar impian jadi pakar bedah otak

Menerusi perkongsian terbaharu di media sosial, Ara meluahkan rasa syukur selepas menjejakkan kaki ke kampus dan menyifatkan pengalaman itu sebagai satu detik bermakna yang tidak akan dilupakan.

“Hari penuh emosi (sentimental) yang takkan pernah saya lupakan. Melangkah masuk ke @manipalucmsia sebagai salah seorang pelajar termuda adalah sesuatu yang mengujakan sekali gus merendah diri.
“Setiap perjalanan yang hebat bermula dengan satu langkah, dan hari ini, perjalanan saya bermula,” tulisnya.

Image from: Berusia 15 tahun, Ara Aziz lanjut pengajian di universiti! Kejar impian jadi pakar bedah otak

Ibunya, Puteri Lily Lokman mengesahkan Ara melanjutkan pengajian peringkat asasi dan memaklumkan anaknya itu sememangnya meminati bidang sains sejak kecil.

Menurut Puteri Lily, Ara mempunyai cita-cita untuk mendalami bidang neurologi dan menjadi seorang pakar bedah otak, namun dia menasihati anaknya supaya meneroka pelbagai bidang terlebih dahulu sepanjang pengajian.

“Ara memang sejak kecil suka subjek sains.
“Dia bercita-cita mendalami bidang neurologi tapi mommy cakap belajar basic dulu.
“Mana tahu tengah belajar dia nampak minat kepada bidang lain. Just explore everything,” katanya.

Image from: Berusia 15 tahun, Ara Aziz lanjut pengajian di universiti! Kejar impian jadi pakar bedah otak

Katanya, minat Ara terhadap bidang itu turut didorong oleh rasa ingin tahu terhadap cara otak manusia berfungsi dan menghasilkan pemikiran yang berbeza.

“Apa pun, saya ingin berkongsi sesuatu tentang Ara. Sejak kecil lagi, dia bukanlah seorang yang suka menilai orang lain. Sekiranya dia melihat tingkah laku seseorang, dia akan bertanya, ‘Bagaimanakah otak orang itu boleh berfikir sedemikian? Apakah yang membuatkan setiap otak manusia berfikir secara berbeza?’
“Disebabkan itulah dia sememangnya bercita-cita untuk menjadi pakar bedah otak. Katanya, ciptaan ALLAH ini sangat menarik; bentuk otak adalah sama, tetapi bagaimanakah corak pemikiran boleh berbeza-beza?” kongsi Puteri Lily.

Image from: Berusia 15 tahun, Ara Aziz lanjut pengajian di universiti! Kejar impian jadi pakar bedah otak

Dalam pada itu, Puteri Lily berharap Ara terus tabah menghadapi cabaran dan tidak terlalu mengejar kesempurnaan, sebaliknya berusaha menjadi versi terbaik dirinya.

“Sebagai ibu saya mengharapkan yang terbaik. Kita ni bukan selalu ada di sisinya. Tak boleh selalu ingatkan setiap langkah. Saya selalu pesan, mommy tidak perlukan Ara menjadi sempurna. Mommy cuma nak Ara terus bangun setiap kali terjatuh.
“Orang yang berjaya bukan tidak pernah gagal tapi orang yang tidak berhenti berusaha.

Image from: Berusia 15 tahun, Ara Aziz lanjut pengajian di universiti! Kejar impian jadi pakar bedah otak

“So harapan saya semoga Ara menjadi versi terbaik dirinya dan ingat, walau apa pun yang terjadi mommy menyokong dan sentiasa di belakang,” katanya.

Image from: Berusia 15 tahun, Ara Aziz lanjut pengajian di universiti! Kejar impian jadi pakar bedah otak

Ara merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Puteri Lily Lokman dan Aziz M Osman.

Beliau yang pernah menyertai program Talk To My Manager musim pertama turut mempunyai seorang adik lelaki, Putera Muhamad Aryan.

Sumber: IG Ara Aziz
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved