Anak Baru 5 Bulan, Intan Najuwa Dah Latih Lunara Tidur Sendirian - “Saya Bangga Dia…”

16 May 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Baru menganjak usia lima bulan, pelakon, Datin Intan Najuwa sudah mula melatih anaknya, Imane Lunara untuk tidur sendirian.

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Intan berkongsi sedang membiasakan anaknya untuk tidur sendirian namun masih lagi dibawah pemantauan rapi jururawat dan pengasuhnya.

“Hari kedua melatihnya tidur di atas katilnya sendiri. Saya bangga dia tidur sendiri di katilnya sekarang.

“Selimutnya akan diambil apabila saya tidur.Jururawat dan pengasuh pula akan bersama Lunara dan menjaganya semasa syif malam pada malam ini (semalam),” tulisnya.

Sekadar info, Intan selamat bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023. 

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Imane Lunara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved