Anak berjaya buka kedai baru, reaksi bangga bapa buat ramai terharu

LocalBusiness & Finance
22 Jan 2025 • 9:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Anak berjaya buka kedai

Reaksi bangga bapa selepas melihat kejayaan anak berjaya buka kedai baharu telah menyetuh hati ramai lebih-lebih lagi ucapan yang diberi cukup menggambarkan perasaannya yang gembira.

Perkara tersebut dikongsikan usahawan dan juga pempengaruh, nigelspark apabila memuat naik video sewaktu membuat kejutan kepada bapanya dengan memperlihatkan kedai baharu hasil usahanya berniaga.

@nigelsparks

Father saya tak pernah tengok kedai baru The Cap City lagi harap dia rasa bangga dengan segala apa yang saya & team capai selama ini.

♬ New Home - Slowed - Austin Farwell

Anak berjaya buka kedai, bapa nampak teruja pertama kali datang

Dalam perkongsian tersebut, jelask kelihatan bapa nigelspark begitu bangga dengan kejayaan anaknya membuka kedai baharu dan meninjau-ninjau ruangan dengan senyuman yang cukup teruja.

image is not available

Anak berjaya buka kedai, bapa banyak kali ucap syabas

Dia juga beberapa kali mengucapkan syabas kepada anak lelakinya serta memberikan pujian terhadap kedai topi yang baru dibuka itu.

Nigelspark yang turut berasa teruja dengan kehadiran bapa tersayang ke kedainya telah meninggalkan kapsyen berharap agar lelaki itu bangga dengan kejayaan yang diraih.

“Father saya tak pernah tengok kedai baru The Cap City lagi harap dia rasa bangga dengan segala apa yang saya & team capai selama ini,” tulisnya.

image is not available

Satu rahmat bila dapat ucapan ‘syabas’ dari bapa

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila masing-masing mengakui berasa terharu melihat reaksi bapa nigelsparks.

Mereka juga akui seorang bapa jarang mengungkapkan rasa bangga, namun ia sangat jelas terlihat dari gerak geri serta pujian yang diberikan kepada seorang anak.

image is not available

Sebak tau tengok macam ni

image is not available

Kita semua bangga dengan kejayaan ini

image is not available

Tumpang gembira lihat seorang anak banggakan bapa

image is not available

Semoga perniagaan nigelsparks terus berkembang dan hubungan kekeluargaan yang terjalin kekal dipertahan sampai bila-bila.

Sumber: TikTok nigelsparks