Terkilan Dituduh Buka Ruang Fitnah Susukan Anak Khinzir, Imran Bard Jelaskan Ustaz Kata Tak Dosa

Entertainment
17 Jan 2025 • 5:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, influencer Imran Bard telah meraih perhatian ramai susulan dia berkongsi gambar sedang menyusukan beberapa anak khinzir di sebuah ladang ketika dia bercuti di Thailand.

Perkongsian gambar itu membuatkan influencer terbabit dikecam teruk sehingga ada yang meninggalkan komen melampaui batas dengan menuduhnya murtad dan liberal.

“Ustaz kata tak dosa”

Terkilan dengan tuduhan tersebut, Imran Bard tampil menegaskan bahawa dia hanya menyusukan tanpa menyentuh haiwan tersebut kerana ia merupakan pengalaman yang sangat jarang dalam hidupnya.

“Komen yang sangat tidak beradab, gara-gara foto tersebut saya dilabel murtad. Malah ada yang kata saya liberal.”

image is not available

Dalam pada itu, dia turut berasa hairan dituduh membuka ruang orang ramai untuk melontarkan fitnah.

“Sekali pun saya buka ruang fitnah, itu bukan peluang anda untuk menjatuhkan fitnah terhadap saya. Fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh.”

Imran menjelaskan dia sudah merujuk kepada seorang ustaz yang dikenali mengenai hal ini berikutan ramai yang mengecamnya.

Katanya, ustaz terbabit menyatakan tindakannya itu tidak berdosa kerana hanya memberi minum dan bukanlah menyentuh atau memakan haiwan yang diharamkan umat Islam.

“Tapi kalau dah tersentuh, masih boleh samak (sertu), tak ada yang salah di sini.”

Pada masa yang sama, Imran juga menegur tindakan orang ramai yang mudah untuk mengecam sesuatu perkara yang di luar jangkaan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.