Anak bersedih di rumah, bapa terpinga-pinga bantu urus penceraian di pejabat agama

LocalFamily & Parenting
18 Feb 2025 • 9:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang bapa terpinga-pinga di pejabat agama sewaktu membantu menguruskan penceraian anak perempuannya yang sedang bersedih dan kemurungan di rumah.

Menerusi hantaran video yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai sitiaisyah321_official, dia telah melihat seorang lelaki tua yang terpinga-pinga di hadapan pintu utama pejabat agama mencari keberadaan kasut yang diletakkannya di situ.

@sitiaisyah321_official

Kejadian harini . Kekcah datang pejabat agama untuk urusan sijil cerai . Dan terjumpa pakcik nii . Kesian lah tengok dia menguruskan urusan penceraian anak perempuan dia Hati seorang bapa kan , benar lah orang cakap tiada lelaki lain yang boleh menjaga hati wanita selain ayah nya sendiri

♬ original sound - Sitiaisyah321officiall - Sitiaisyah321officiall

Bapa terpinga-pinga cari kasut, terlupa letak mana

Difahamkan, warga emas tersebut datang ke pejabat agama untuk menguruskan penceraian anak perempuannya dan terlupa bentuk kasut yang dipakai sehingga membuatkannya berdiri lama di hadapan pintu masuk.

“…terjumpa pakcik ni. Kesian lah tengok dia menguruskan urusan penceraian anak perempuan dia.

“Hati seorang bapa kan, benarlah orang cakap tiada lelaki lain yang boleh menjaga hati wanita selain ayah nya sendiri,” tulisnya.

Bapa terpinga-pinga depan pejabat agama, anak perempuan mahu bercerai

Jelas pengguna TikTok itu, dia datang ke pejabat agama atas urusan peribadi dan sempat terdengar perbualan warga emas terbabit yang mengatakan anak perempuannya masih berada di rumah dan sedang bersedih.

Dia juga berada dalam keadaan murung sehingga tidak berdaya untuk menguruskan urusan penceraian tersebut.

image is not available

Pengorbanan seorang bapa

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian netizen di media sosial apabila rata-rata berasa hiba dan kasihan melihat pengorbanan seorang dalam masa yang sama turut berduka diatas nasib menimpa anaknya.

Ada juga yang berkongsi kisah hampir sama dengan situasi tersebut dan mengakui tentang pentingnya sosok bapa ketika ada lelaki lain yang bertindak menyakiti anak perempuan tersayang.

image is not available

Ada yang alami kisah hampir sama

image is not available

Lelaki yang sentiasa memastikan anak perempuannya tidak sedih

image is not available

Semoga urusan warga emas berkenaan dipermudah dan anak perempuannya sembuh dari kemurungan yang dialami disebabkan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi.