Anak Bonda Rozita Ibrahim Akhirnya Bersuara, Mengaku Ibu Bapa Sudah Cerai

LocalEntertainment
5 Mar 2025 • 8:27 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bonda rozita

Anak perempuan kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim akhirnya tampil memberi penjelasan mengenai khabar angin yang tersebar mengenai ibunya.

Dalam satu sesi live, Nur Ain Sufiah mengaku ibu bapanya sudah bercerai dan Bonda kini mempunyai pasangan baru.

Anak Bonda Rozita mengaku ibu bapa sudah bercerai

Menurut Ain, mereka sekeluarga menerima takdir tersebut dengan baik. Malah, hubungan ibu dan bapanya baik-baik je meskipun sudah tidak bersama.

Ain terpaksa membuka mulut kerana tidak mahu adiknya menerima serangan negatif daripada orang luar.

Pertama, betul sudah bercerai. Kedua, kitaorang terima lelaki itu seadanya cuma Ain dengan adik beradik Ain pandang dia hanya sebagai kekasih baru Mummy. Ketiga, tolong berhenti serang tanya soalan macam ini dekat anak buah Ain, adik-adik Ain sebab dorang kecil lagi. Dorang tak patut hadap benda macam ni. Yang keempat, ajal maut jodoh semua dekat tangan Tuhan. Dorang pun dah kahwin secara halal dan perkara itu patut diraikan. Jadi korang tak payahlah nak kecam lebih-lebih, memang rezeki Mummy Ain, syurga saya.

Ain berharap orang luar tidak terlalu memikirkan kehidupan peribadi mereka sekeluarga. Sebagai anak, dia perlu tampil memberi penjelasan untuk mengelakkan fitnah dan kecaman yang semakin parah.

Gadis ini bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar penceraian ibu bapanya kerana ianya terlalu peribadi.

Pesan Bonda kepada anak

image is not available

Penjelasan yang dibuat Ain turut mendapat perhatian Bonda Rozita Ibrahim. Usahawan ini menitipkan pesanan mengenai adab dalam berbicara.

Bonda Rozita menegaskan bahawa setiap perkataan yang dilontarkan seseorang itu mencerminkan adab dan akhlaknya.

Sebagai pewaris, Bonda menasihati anaknya Nur Ain Sufiah supaya berpegang teguh kepada agama dan menjaga tutur kata dengan baik.

Jelas Bonda Rozita lagi, dia sangat menghormati dan menjaga kesihatan mental anak-anak perempuannya yang disayangi.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Bonda Rozita Ibrahim


The post

appeared first on

.