“Tolong stop tanya soalan ni” – Anak Bonda Rozita Ibrahim Dedah Ibu Sudah Bercerai & Berkahwin Lain

Entertainment
5 Mar 2025 • 10:53 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Desas-desus mengenai ibu kepada jutawan kosmetik, Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang dikatakan sudah berkahwin lain akhirnya terjawab apabila anak perempuan kepada usahawan wanita itu tampil memberi penjelasan mengenai ibunya.

Dalam satu sesi live yang mana videonya dikongsikan sendiri Bonda Rozita di Instagram, Nur Ain Sufiah atau dikenali sebagai Ain ini mengakui ibu bapanya sudah bercerai dan kini Bonda Rozita juga sudah mempunyai pasangan baru.

image is not available

Penat diasak soalan dari orang luar

Menurut Ain, dia terpaksa mendedahkan mengenai isu ini kerana tidak mahu adik beradiknya menerima serangan negatif daripada orang luar yang sering bertanyakan mereka mengenai hal itu.

Tambahnya lagi, mereka sekeluarga juga menerima takdir tersebut dengan terbuka hati dan menjelaskan hubungan ibu bapanya masih baik walaupun tidak bersama.

Pertama, betul sudah bercerai. Kedua, kita orang terima lelaki itu seadanya cuma Ain dengan adik beradik Ain pandang dia hanya sebagai kekasih baru Mummy.

“Ketiga, tolong berhenti serang tanya soalan macam ini dekat anak buah Ain, adik-adik Ain sebab dorang kecil lagi. Dorang tak patut hadap benda macam ni.

“Yang keempat, ajal maut jodoh semua dekat tangan Tuhan. Dorang pun dah kahwin secara halal dan perkara itu patut diraikan. Jadi korang tak payahlah nak kecam lebih-lebih, memang rezeki mummy Ain, syurga saya,” katanya.

image is not available

Penjelasan daripada Ain itu juga mendapat balasan daripada Bonda Rozita sendiri yang memberi pesanan mengenai adab dalam berbicara.

Setiap kata-kata tak baik mencerminkan agama seseorang. Ia menentukan adab dan akhlak (pesan saya pada Ain jika ingin menjadi waris mummy berpegang pada agama wahai anakku).

“Saya menghormati dan amat menjaga mental health anak-anak puteri-puteri saya. Dia kesayangan kami berdua, mummy dan daddy,” tulisnya sambil memetik kata-kata daripada Imam Syafie.

Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru Bonda Rozita! Semoga semuanya baik-baik saja.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.