'Anak bongsu mummy sudah besar.' Fadhlina Sidek sebak kongsi hari pertama sekolah, titip pesan buat 'kakak  pengawas'

LocalFamily & Parenting
14 Jan 2026 • 10:24 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
Foto: X dan Instagram Fadhlina Sidek

MINGGU pertama persekolahan menjadi detik penuh emosi buat Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek apabila anak bongsunya, Yasmin, kini melangkah ke satu fasa baharu dalam kehidupan.

Perasaan itu dizahirkan sendiri oleh Fadhlina pada hari pertama sesi persekolahan 2026 dan yang mengakui sebak melihat perubahan anak kecilnya yang kian membesar.

Lebih istimewa, hari pertama persekolahan, Yasmin tahun ini bukan sekadar kembali ke kelas, sebaliknya menggalas amanah sebagai seorang pengawas sekolah. 

Seperti kebanyakan ibu lain, Fadhlina tidak putus-putus menitipkan pesanan tentang adab, akhlak dan nilai.

image is not available

"Baby girl mummy sudah besar!

"Hari ini dia melangkah ke sekolah sebagai seorang pengawas. Cukup bersemangat untuk melakukan tugas sebagai kakak pengawas. 

"Panjang pesanan mummy pagi ini mengingatkan tentang akhlak yang mesti terus dijaga sebagai seorang pelajar.

"Mummy pulak yang sebak, macam ada empangan air mata pecah mengalir pagi ini kerana anak bongsu mummy sudah tidak 'baby' lagi.

Artikel berkaitan

"Dia sudah ada mandat besar. Jawatan yang dia anggap sebagai amanah yang mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh. 

"Begitulah, 8 juta kali mummy kena dengar dia bercerita mengapa amanah sebagai pengawas kecil adalah sama sahaja dengan amanah sebagai Menteri Pendidikan kerana memikul mandat yang sama, iaitu amanah seorang pemimpin," kongsinya.

image is not available

Sukar untuk menafikan, hari pertama persekolahan adalah momen bermakna mengajar seorang ibu tentang erti melepaskan dan menerima kenyataan cahaya mata bukan lagi bayi kecil dan membesar menuju kedewasaan.

"Tetapi itulah, pakai tudung pagi ini pun mummy sudah berpeluh sebab kena pastikan awning kakak pengawas on point.

"Sobs. Tidak terbayang ini harinya bahawa perlu terima hakikat anak bongsu mummy sudah besar!

"Allahumma faqihha fid deen, wa 'allimha fit takweel.Selamat kembali ke sekolah anak-anak! Tahun ini, tahun kita!" titip Fadhlina.

Ruangan komen dipenuhi kata-kata semangat buat Yasmin.

"All the best kakak pengawas."

"Tahniah kakak pengawas."

"Bukan saja pengawas, boleh jadi 'reporter" untuk mummy dia."

"Apa perasaan jadi anak kepada Menteri Pendidikan."

Sumber: Instagram