Anak bongsu penyanyi Izam EYE maut dalam kemalangan jalan raya

13 Jul 2026 • 10:33 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Penyanyi Izam Eye berkongsi berita pemergian anak bongsunya, Muhammad Umar Al Faroq bin Mohd Izam akibat kemalangan jalan raya.

Anak lelaki bongsu penyanyi Izam EYE, Muhammad Umar Al Faroq bin Mohd Izam dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tengah malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Izam menerusi hantaran di media sosial dengan memohon orang ramai mendoakan arwah anaknya.

“Innalillahiwainnailaihiraji’uun. Doakan anak lelaki bongsu saya ini ya sahabat-sahabat semua. Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya pukul 12 tengah malam tadi dan telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau turut memaklumkan nama penuh anaknya, Muhammad Umar Al Faroq bin Mohd Izam, namun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai lokasi atau punca sebenar kemalangan tersebut.

Ucapan takziah membanjiri ruangan komen hantaran berkenaan, dengan ramai mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat serta keluarga Ezam diberikan kekuatan menghadapi kehilangan itu.

The post Anak bongsu penyanyi Izam EYE maut dalam kemalangan jalan raya appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved