Anak Buah Berkhatan, Pak Long Tolong Kira Duit Salam Kaut

Entertainment
24 Dec 2023 • 4:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Musim cuti sekolah ini pastinya ramai ibu bapa akan mengambil peluang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Pelbagai program turut diadakan malah ada juga klinik melakukan harga promosi untuk berkhatan.

Baru-baru ini, gelagat seorang kanak-kanak dan seorang lelaki yang dipercayai bapa saudaranya sedang mengira duit anak buahnya yang baru selesai berkhatan telah menjadi perhatian netizen.

Video tersebut telah dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai fiezarra25 dan sehingga kini telah mendapat lebih tiga ribu tanda suka oleh warganet.

 

Apa yang kelakar, lelaki yang dipercayai Pak Long kepada kanak-kanak itu terus mengira duit disebelahnya. Namun, kanak-kanak lelaki itu akur sahaja, terus serahkan duit yang diterima dari tetamu kepada Pak Longnya.

Video yang berdurasi 14 saat itu menjadi tular dan mendapat pelbagai komen netizen.

“Bab duit laju Pak Long buat kerja,” tulis seorang warganet di ruangan komen.

“Ayat biasa dengan “nanti duit tu masuk bank” sampai dah tua tak tau duit kat bank mana,” antara komen-komen netizen yang turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.

Muka pasrah sangat pass duit tu dik. Pak Long pun laju kira.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.