Anak bunuh ibu, lapor polis selepas tiga tahun sorok mayat dalam peti sejuk beku

LocalPolitics
12 Nov 2024 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tergamaknya! Seorang anak bunuh ibu dan menyimpan mayat wanita berusia 80-an itu di dalam sebuah peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu.

Menurut laporan, perbuatan lelaki berusia 50-an itu terbongkar apabila dia sendiri menghubungi talian kecemasan dengan menyatakan tidak sihat sebelum memaklumkan mengenai mayat ibunya di Jalan Hujan Abu 6, Taman OUG di sini.

Anak bunuh ibu

Difahamkan mangsa menghubungi pihak polis kira-kira jam 9 pagi hari ini.

Menurut sumber, suspek mendakwa membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021.

“Mangsa dipercayai dipukul sebelum dibalut dengan tuala dan plastik lalu diletakkan dalam peti ais itu,”ujar sumber.

image is not available

Tambah sumber, mangsa juga mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan, selain mempunyai masalah kesihatan kronik.

Suspek kini telah ditahan oleh pihak polis dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

image is not available

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian itu dan kes masih dalam siasatan polis.

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)