Kes Warga Emas Dalam Peti Sejuk Beku: Kali Terakhir Jiran Tengok Mangsa Sebelum PKP

Entertainment
12 Nov 2024 • 5:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jiran kepada anak mangsa yang ditemui dalam peti sejuk beku menjelaskan bahawa kali terakhir dia dapat melihat warga emas tersebut adalah sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki berusia 30-an yang enggan dikenali itu berkata, dia terkejut apabila melihat pasukan polis di rumah yang terletak Taman OUG, Jalan Klang Lama itu pagi tadi sebelum dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa.

image is not available

Menurutnya lagi, mangsa tidak tinggal bersama anak lelakinya yang masih bujang itu, tetapi datang hanya sesekali untuk melawat, lapor Berita Harian. Jirannya itu difahamkan tinggal bersendirian di rumah.

“Sebelum ini memang saya pernah nampak wanita itu datang ke rumah anaknya di sini tapi sejak PKP, saya tak jumpa dia lagi. Saya cuma fikir mungkin dia tidak lagi datang melawat anaknya.”

“Jiran saya pula memang jarang keluar dan pintu rumahnya juga sentiasa tertutup namun saya tidak pernah mengesyaki apa-apa atau melihat sebarang kelakuan pelik.”

image is not available

Tambahnya, dia sering menegur suspek dan bertanya khabar sekiranya mereka bersua di luar rumah. Jelas lelaki itu lagi, rumah jirannya itu yang menghidap angin ahmar pernah cuba dipecah masuk sekumpulan individu namun kejadian disedari jirannya.

Namun begitu, jirannya itu tidak membuat laporan polis kerana tiada barang berharga yang hilang.

Sebelum ini, pihak polis menemui mayat seorang wanita yang disimpan dalam peti sejuk beku selepas dipercayai dibunuh anaknya di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama, hari ini.

Ia terbongkar selepas anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis sebelum memaklumkan kejadian itu.

Mangsa, seorang wanita berusia 80-an itu dipercayai dibunuh anak lelaki berusia 50-an pada Mac 2021.

Sumber : Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.