Anak Dah Ada Duit Sendiri, Siapa Kena Bayar Zakat Fitrah? Ini Penjelasannya

LocalPersonal Finance
14 Mar 2025 • 10:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zakat fitrah

Bila tiba Ramadan, ramai yang sibuk membuat persiapan raya, tapi jangan lupa satu kewajipan penting iaitu zakat fitrah.

Salah satu soalan yang kerap ditanya mengenai zakat fitrah ialah mengenai pembayaran zakat bagi anak yang sudah bekerja. Adakah mereka masih di bawah tanggungan bapa?

Anak perempuan dah kerja, ayah masih tanggung zakat?

image is not available

Menurut perkongsian Zakat Selangor, anak-anak yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri sama ada lelaki atau perempuan sudah layak mengeluarkan zakat untuk dirinya sendiri.

Pendek kata, kalau seseorang anak sudah mempunyai sumber pendapatan tetap, maka kewajipan membayar zakat fitrah beralih kepada dirinya sendiri dan bukan lagi di bawah tanggungan bapanya.

“Boleh tak saya bayarkan zakat fitrah untuk mak ayah?”

image is not available

Malah, kalau anak-anak nak bayarkan zakat fitrah untuk ibu bapa pun ia dibenarkan. Tapi, jangan buat senyap-senyap ya! Pastikan maklumkan kepada ibu bapa supaya semuanya jelas dan tak ada pertindihan.

#ApaKataOhmedia

Zakat bukan sekadar kewajipan, tapi juga satu bentuk penghargaan atas rezeki yang kita dapat.

Jadi, kalau dah ada gaji sendiri, jangan susahkan mak ayah lagi. Lagi-lagi zaman sekarang, semuanya boleh dibuat secara online : mudah, cepat dan tak perlu bersusah payah!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Zakat Selangor


The post

appeared first on

.