Anak Dan Bapa Berlumba Dalam Vios Challenge untuk Cipta Kenangan

FootballSports
12 Aug 2025 • 7:58 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Bagi Dato’ Shanmuganathan Arumugam, perlumbaan bukan sekadar memenuhi minat, tetapi juga peluang mencipta kenangan bermakna, lebih-lebih lagi apabila beliau kini dapat bersaing bersama anaknya, Ashen dalam Vios Challenge 2025.

Mewakili pasukan Kashash Vina Motorsports Racing dengan dua jentera di Kelas Sporting, kedua-dua ayah dan anak ini bertanding dalam kategori amatur. Shanmuganathan merupakan antara pelumba paling lama dalam siri Vios Challenge, menyertainya sejak Musim 1 pada 2017.

“Memandu adalah minat saya, dan Toyota memberikan platform kepada orang seperti saya untuk merasai pengalaman sebenar perlumbaan profesional. Saya mula agak lewat, umur 49, tetapi saya seronok. Tahun ini saya sudah 56,” kata Shanmuganathan.

image is not available

Walaupun bersemangat tinggi, komitmen kerja dan pengajian Ashen membuatkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh masa kepada perlumbaan. Menariknya, semua persediaan kereta dilakukan oleh kakitangan syarikat sendiri yang sebenarnya mekanik lori – tanpa bantuan jurutera perlumbaan profesional.

“Ia seperti projek keluarga. Walaupun kekurangan tenaga pakar, kami tetap menikmati perlumbaan dan mencipta banyak kenangan,” tambah beliau.

Bagi Ashen yang berusia 19 tahun, peluang berlumba bersama ayahnya adalah pengalaman berharga.

image is not available

“Saya bersyukur atas sokongan ayah. Sejak kecil saya mahu berlumba seperti dia. Kini kami dalam kelas yang sama, memang ada sedikit persaingan, tapi siapa lebih laju… itu hal yang agak sensitif,” selorohnya.

Ashen yang sedang menunggu kemasukan untuk melanjutkan pelajaran sebagai juruterbang komersial, juga berhasrat untuk naik ke kelas perlumbaan lebih tinggi pada masa depan.

Aksi penuh Vios Challenge 2025 boleh diikuti di:

View Original Article