Anak Dharma Harun Al-Rashid nafi lepas tangan soal tunggakan rumah sewa

Local
18 Jun 2024 • 11:22 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Baru-baru ini pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid dilaporkan gagal melunaskan tunggakan rumah sewa yang sudah mencecah RM7,500. Susulan itu juga, dia terpaksa akur dengan arahan untuk mengosongkan kediaman tersebut.

Pemilik kediaman sebelumnya telah memberikan tempoh tiga bulan untuk melunaskan tunggakan jika mahu terus mendiami rumah sewa tersebut yang terletak di Wangsa Maju.

Isu berkenaan telah mendapat perhatian ramai malahan ada yang mempersoalkan tanggungjawab anaknya dalam menyelesaikan isu terbabit.

Bagaimanapun, anak lelaki kepada Dharma, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, menafikan lepas tangan dalam soal pembayaran sewa rumah keluarga sehingga diberi notis mengosongkan kediaman sebelum akhir bulan ini.

Mencari kerja tetap sebaik tamat pengajian

Muhammad Al Syafiq berkata, beliau akan mencari kerja tetap sebaik menamatkan pengajian dalam jurusan Asasi Seni Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Hasrat untuk berhenti belajar pernah diluahkan, namun pensyarah dan dekan fakluti meminta dia meneruskan pengajian yang masih berbaki dua bulan.

“Kalau diikutkan, saya memang hendak berhenti belajar dan cari kerja supaya dapat bayar sewa rumah dan bantu ayah. Tetapi pensyarah dan dekan fakulti minta saya teruskan pengajian yang berbaki dua bulan ini.

“Mereka cakap saya adalah pelajar cemerlang dan keputusan peperiksaan saya adalah antara yang terbaik dalam kalangan pelajar lain. Disebabkan itu, mereka suruh bertahan sampai Ogos ini.

“Mereka cakap saya pelajar harapan dekan, jadi, agak susah untuk saya terus berhenti belajar. Insya-Allah tamat sahaja pengajian, saya akan terus dapatkan kerja tetap dan bantu keluarga,” katanya.

Kerja Sambilan di Kafe

Muhammad Al Syafiq berkata, dia membuat kerja sambilan di sebuah kafe pada sebelah petang dan malam demi mencari pendapatan.

Dalam pada itu, kakak kepada Muhammad Al-Sayfiq juga ketika ini sedang mengikuti mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda penulisan dengan kepujian (penulisan filem dan televisyen) adalah pelajar cemerlang.

Dia juga tidak disarankan berhenti, malah, ketika ini, sibuk dengan tugasan pengajian.

Muhammad Al Syafiq berkata, setakat ini, masih belum ada organisasi kebajikan yang menghubungi untuk menghulurkan bantuan melainkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).

View Original Article