Anak diganggu along gara-gara hutang bapa RM600,000

LocalPersonal Finance
20 Oct 2026 • 1:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Anak diganggu along gara-gara hutang bapa RM600,000

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat mendakwa dia dan kakaknya terus diganggu along susulan hutang bapanya yang didakwa mencecah lebih RM600,000 sejak 2019.

Mangsa, Brandon, 31, dari Kuala Lumpur berkata, dia tidak lagi tinggal bersama bapanya, Lee Chee Whye, 69, sejak 2022.

Menurutnya, pada November tahun lalu, dia dan kakaknya membantu menyelesaikan hutang bapanya berjumlah RM35,000.

“Bagaimanapun, bapa saya masih kerap meminjam wang dan kakak walaupun selepas kejadian itu. Sejak 2019, kami sudah meminjamkan wang berjumlah lebih RM600,000 kepada bapa mereka.

“Susulan kejadian pada November tahun lalu, kami memutuskan hubungan dengan bapa mereka dan tidak lagi berhubung,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Ujar Brandon, pada 29 September lalu, mereka menerima mesej WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang memaklumkan bapanya mempunyai hutang tertunggak serta menuntut supaya bayaran dibuat.

Mangsa berkata, dia sudah membuat tiga laporan polis di Balai Polis Desa Sri Hartamas dan Balai Polis Travers.

“Kira-kira empat jam selepas laporan polis kedua dibuat, kami menerima mesej ugutan daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pengurus bernama Vincent.

“Individu berkenaan mengugut untuk pergi ke tempat kerja saya sekiranya bayaran tidak dibuat,” katanya.

Mangsa mendakwa gangguan dan ugutan itu menjejaskan kehidupannya serta kakaknya. Dia berharap tidak lagi mempunyai kaitan dengan hutang bapanya selain memohon bantuan bagi menangani gangguan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Anak diganggu along gara-gara hutang bapa RM600,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved