Anak dipukul dengan botol ketika lerai ibu bapa bergaduh

LocalFamily & Parenting
8 Aug 2025 • 4:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

LABUAN - Polis menahan seorang lelaki warga India berusia 34 tahun berhubung kejadian keganasan rumah tangga yang menyebabkan isterinya dan anak lelaki berusia 10 tahun cedera parah di Kampung Tanjung Aru, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Labuan, Deputi Superintenden Robin @ Ridzuan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.25 pagi selepas berlaku pertengkaran antara suspek dengan isterinya yang berusia 38 tahun.

"Suspek dipercayai memukul mangsa menggunakan botol minuman keras sehingga menyebabkan kecederaan pada hidung, mulut dan belakang kepala.

"Anak lelaki mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut mengalami luka parah pada pipi kiri. Kedua-dua mangsa kini dirawat di Hospital Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan berjaya menahan suspek pada pukul 8 malam, hari yang sama.

Suspek direman hingga 13 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

"Polis Labuan memandang serius semua bentuk keganasan rumah tangga dan tidak akan berkompromi dalam kes penderaan fizikal terhadap wanita serta kanak-kanak,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved