Isteri Lari Tinggalkan Rumah! Bapa OKU Ambil Upah Baiki Kasut, Sara 3 Anak Walau Sakit Jantung

LocalFamily & Parenting
9 Aug 2025 • 12:52 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tular di platform TikTok mengenai kisah seorang bapa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) apabila kehidupannya yang menyayat hati meraih perhatian ramai.

Lelaki berusia 55 tahun yang dikenali sebagai Razak Baba itu gigih mencari rezeki sebagai tukang jahit kasut di kawasan Malim Jaya, Melaka demi menyara tiga orang anaknya walaupun turut menghidap masalah jantung tahap tiga.

Apa yang lebih memilukan, Razak mendakwa isterinya telah meninggalkan mereka sekeluarga tanpa sebarang pesan.

“Saya balik kerja, isteri dah tiada di rumah. Dia bawa semua barang-barang. Sekarang ini, sayalah ayah, sayalah ibu.
“Saya perlu bekerja cari rezeki yang halal untuk besarkan anak tiga orang, seorang umur 18, 16 dan 10,” katanya.

image is not available

image is not available

Bapa OKU Ambil Upah Baiki Kasut

Razak memaklumkan beliau hanya mampu mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana tidak mampu menampung kos rawatan di hospital swasta.

“Saya ada masalah jantung tahap tiga, insya-Allah bulan Ogos ini akan buat pemeriksaan.
“Mampu di hospital kerajaan sahaja, hospital swasta tidak mampu,” ujarnya.

image is not available

image is not available

image is not available

Dalam kesusahan itu, Razak tetap bersyukur apabila menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM500 daripada orang ramai.

Kisahnya dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @ustad_jungler yang turut menyeru orang ramai membantu meringankan beban keluarga tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0412341100048140 atas nama Razak bin Baba.

Sumber: TikTok hafizuddin052