
Angkasawan Negara dan personaliti terkenal, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor melahirkan rasa syukur apabila salah seorang anak kembarnya iaitu Sheikh Adam menerima anugerah Ikon Murid Cemerlang 2024 di sekolahnya.
Anugerah Ikon Murid Cemerlang 2024
“Ini anak lelaki sulung saya. Sheikh Adam, masih darjah satu, kembar kepada Sheikh Noah. Untuk tahun ini Adam telah menang Ikon Murid Cemerlang 2024 SK, No 1 di SRA dan Tulisan Tercantik 2024 SK.
“Gelak sekejap, pertama kali dengar anugerah tulisan paling cantik di sekolah. Tidak mengejutkan kerana Adam telah belajar menulis tulisan berangkai sejak berusia enam tahun,” kongsinya.
Rahsia belajar Sheikh Adam
“Namun apa rahsianya? Dia seronok belajar, mempunyai rasa ingin tahu setiap masa, selalu bertanya kenapa.
“Kudos Adam, semoga berjaya dunia dan akhirat. Amin. Hanya sekadar perkongsian, salam Jumaat,” tulisnya.

