Anak kepada ikon fesyen dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra serta kerabat diraja Negeri Sembilan, Tunku Datuk Yaacob Tunku Tan Sri Abdullah iaitu Tunku Nadya Khyra mencuri perhatian apabila tersenarai dalam pilihan individu paling menarik dan layak dikenali di United Kingdom (UK) oleh majalah gaya hidup antarabangsa, Tatler.
Siapa Tunku Nadya Khyra?
View this post on Instagram
Menerusi senarai tersebut, Tunku Nadya Khyra, 25, digambarkan sebagai wanita muda yang mempunyai cita rasa terhadap kehidupan mewah dan gemar menjelajah ke luar negara, namun pada masa sama turut memberikan keutamaan terhadap bidang akademik.
Tunku Nadya Khyra Utamakan Pendidikan Dalam Bidang Seni Bina
Tunku Nadya Khyra merupakan bekas pelajar Cheltenham Ladies’ College sebelum berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang seni bina di University of Bath.
View this post on Instagram
Tidak terhenti di situ, beliau kini melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di The Bartlett, sebuah institusi pengajian seni bina yang bernaung di bawah University College London (UCL).
Latar belakang akademiknya dalam bidang seni bina itu menjadi antara sisi yang diketengahkan dalam pengenalan terhadap Tunku Nadya Khyra.
Tersenarai Bersama Nama-Nama Antarabangsa
Selain Tunku Nadya Khyra, senarai berkenaan turut menampilkan beberapa individu daripada latar belakang berbeza yang mencipta nama dalam bidang masing-masing.
View this post on InstagramAdvertisement
Antaranya ialah atlet olahraga Britain, Henry Pollock dan Amy Hunt, termasuk Moses Martin yang merupakan anak kepada vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin dan pelakon pemenang Anugerah Oscar, Gwyneth Paltrow.
Turut mendapat tempat dalam senarai tersebut ialah Isaac Goldsmith dan James Stuart.
Pernah Muncul Dalam The House
Sekadar info, Tunku Nadya Khyra sebelum ini pernah muncul dalam rancangan realiti terbitan Astro Gempak, The House, bersama ibunya, Ezurin Khyra serta adik-beradiknya yang lain.
Kini, Tunku Nadya Khyra meneruskan pengajian dalam bidang seni bina di London, selain mencuri perhatian menerusi pengiktirafan daripada majalah gaya hidup antarabangsa tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Your Legacy Will Live On" - Pengasas BananaBro & Boat Noodle, Tony Lim Meninggal Dunia
The post Anak Ezurin Khyra & Kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadya Tersenarai Dalam 10 Individu Menarik Tatler UK first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

