Sumber: TikTok
Beberapa hari yang lepas, seorang pemuda telah berkongsi sebuah video di TikTok beliau, mendakwa bahawa anak rakannya hampir diculik dua orang wanita warga asing di Skytropolis Indoor Theme Park, Genting. Tentu perkara sebegini menakutkan dan traumatik untuk mereka sedangkan tujuan utama ke Genting adalah untuk bersuka ria. Namun, apa sebenarnya yang berlaku?
Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak genting@Maz 🌻
Menurut pemuda berkenaan, dia telah ke Genting dengan beberapa pekerjanya, seramai lima orang. Dua orang daripada ahli kumpulan mereka adalah pasangan suami isteri dan mereka mempunyai seorang anak kecil. Sewaktu beberapa orang dalam kumpulan mereka menaiki permainan roller-coaster, wanita tersebut menyatakan yang dia tidak mahu menaiki permainan tersebut dan akan menunggu mereka di bawah bersama anaknya dan barang-barang mereka. Namun, sewaktu mereka di dalam roller-coaster, pemuda ini ternampak sahabatnya itu dikerumuni dua orang wanita warga asing. Menurutnya, wanita-wanita tersebut kelihatan seperti ingin menarik anak kecil sahabatnya manakala sahabatnya cuba menepis tangan warga asing tersebut.
Selepas mereka turun daripada roller-coaster tersebut, mereka bergegas membantu sahabat mereka dan anak kecil itu. Pemuda berkenaan meluahkan rasa kecewa kerana sukar untuk mencari polis di kawasan taman tema tersebut. Menurut beliau, nasib baik ada pihak sekuriti di kasino yang sanggup membantu kumpulan mereka. Kedua-dua wanita warga asing tersebut juga dibawa ke bilik sekurIti berasingan setelah isu keselamatan kanak-kanak, iaitu anak kepada sahabat pemuda ini diceritakan kepada pihak sekuriti.
Selepas tularnya video tersebut di media sosial, bapa kepada anak kecil tersebut telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, Pahang pada 20 September 2022. Menurut kenyataan pihak polis, kedua-dua wanita warga asing tersebut berusia 42 tahun dań 50 tahun juga telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Pada masa yang sama, pihak Genting juga dikatakan telah membuat laporan polis pada 19 September berkenaan perkara ini.

Kes ini sekarang disiasat di bawah Seksyen 363/500 Kanun Keseksaan. Sekiranya seseorang didapati bersalah atas kesalahan cubaan menculik, mereka boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.
Penculikan anak adalah suatu perkara yang tidak diingini mana-mana ibu bapa. Ia adalah suatu perkara yang sangat menyedihkan. Orang yang berniat jahat ada di mana-mana. Amat penting untuk ibu bapa lebih berwaspada apabila membawa anak kecil di kawasan yang sesak bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Semoga kita semua dilindungi daripada niat jahat dan dengki orang lain.
Saya Zuan adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.
Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.