Tarikan Terbaru Di Samarahan, Aladdin Water World Dibuka Mulai Hari Ini

25 Sep 2022 • 12:30 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dibuka di The Summer Mall

Tarikan Terbaru Di Samarahan, Aladdin Water World Dibuka Mulai Hari Ini. Pening nak buat program hujung minggu bersama anak-anak tapi tak tahu nak buat dekat mana? Apa kata anda datang ke Taman Tema air berkonsepkan Aladdin di The Summer Shopping Mall ini.

image is not available
Tarikan Terbaru Di Samarahan, Aladdin Water World Dibuka Mulai Hari Ini. Kredit foto: The Summer Mall.

Pembukaan Aladdin Water World itu di The Summer Mall diumumkan sendiri oleh pihak mereka menerusi akaun rasmi Facebook mereka dan hari ini merupakan hari pertama mereka beroperasi.

Waktu operasi dan aktiviti yang ditawarkan

Difahamkan taman tema air Aladdin ini dibuka pada setiap hari dan dibuka pada jam 10 pagi sehingga 7 malam.

https://www.facebook.com/100015551465064/videos/pcb.1392992074562495/1552122708552894

Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti menarik ditawarkan oleh mereka. Antaranya ialah banana boat, water dog, water roller dan banyak lagi.

Bayaran yang dikenakan

Pasti anda tertanya-tanya tentang lokasi dan bayaran yang dikenakan bukan?

Untuk lokasinya, Aladdin Water World ini bertempat di pintu masuk Zon C, The Summer Shopping Mall.

Manakala, untuk bayaran pula, harga yang dikenakan untuk hari biasa adalah lebih murah berbanding pada hujung minggu.

Anda boleh rujuk gambar ini untuk membuat perbandingan harga.

image is not available
Kredit foto: The Summer Mall.

Bolehlah bawa si kecil anda ke sini untuk merasai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan ini.

Selain itu, boleh juga bawa anak-anak anda ke sini: