Anak Hasil Perkahwinan Wanita Malaysia Dengan Orang Asing Layak Dapat Warganegara

LocalPolitics
20 Feb 2023 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah sekian lama, kerajaan akhirnya bersetuju memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara.

Dalam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution difahamkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri, setelah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I Seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1)(e) dan Bahagian II, seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.

Menteri terbabit berkata, keputusan tersebut dibuat sejajar dengan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk mengiktiraf kesamarataan wanita dan lelaki serta menyingkirkan diskriminasi terhadap wanita di negara ini.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) dan Kementerian Dalam Negara (KDN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Kabinet.

Ia kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak,” katanya.

Difahamkan, perkara itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan berkenaan dimuktamadkan dengan mengambil kira libat urus dengan semua pihak berkepentingan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.