
Tangisan bapa mandikan jenazah anak buat ramai sebak apabila cahaya mata yang dibesarkan meninggal dunia selepas beberapa tahun menderita menghidap gangguan saraf otak.
Difahamkan, adik Mohamad Nur Iman Ramadhani, 12 yang sebelum ini kisahnya tular susulan bapanya menemani masuk ke ruangan Terapi Oksigen Hiperbarik (HBOT) bagi mendapatkan rawatan telah meninggal dunia pada Sabtu, 24 Disember 2024.
@imanramadhanii Selamat jalan ke negeri Abadi anakku Mohamad Nur Iman Ramadhani. Terima kasih memberi kebahagiaan utk kami selama ini. Terima kasih bg peluang ibu abah jaga selama 12 tahun ni. Banyak pengajaran kenangan kita bersama. Terima Kasih menjadi anak yg sgt baik ketika kamu kecil sehingga kamu di ambil ilahi. Iman tunggu ibu abah disyurga. Terima kasih yg mendoakan yg membantu selama ini. Allah dah jawab doa2 kita dan ini lah pengakirannya. Ibu abah dan semua syg iman sampai syurga.. #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #fypage #fypdongggggggg #fypシ゚
♬ bunyi asal - LIRIK LAGU 80,90AN - M.riduan_official92
Tangisan bapa mandikan jenazah penuh sayu
Menerusi video yang dikongsi ibu bapanya menerusi TikTok imanramadhanii, dapat dilihat dengan jelas reaksi bapanya yang menangis sewaktu memandikan jenazah anak tersayang yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Dia juga termenung seketika melihat jenazah anaknya sempat beberapa kali mencium allahyarham sebelum menyelesaikan beberapa lagi urusan sebelum membawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Ibu bapa adik Nur Iman juga dilihat menaiki van jenazah mengiringi keranda dalam keadaan berduka sebelum menurunkan allahyarham ke liang lahad untuk disemadikan.
Ramai sebak lihat tangisan bapa mandikan jenazah anak
Perkongsian tersebut telah mengundang sebak netizen di media sosial lebih-lebih lagi melihat keadaan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang cukup terkesan.
Walau bagaimanapun, mereka tetap memberikan kata-kata semangat kepada keluarga dengan mengatakan bahawa adik Nur Iman sudah tidak sakit lagi selepas penderitaan yang dialami sewaktu hidup sudah berakhir.

Setia seorang ayah yang teman hingga ke akhirnya

Selamat jalan sayang, berehatlah

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga

Semoga ahli keluarga adik Nur Iman tabah menghadapi ujian daripada Allah S.W.T dan mendoakan roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan pengorbanan bapa Mohamad Nur Iman yang sanggup menemani anaknya menjalani rawatan dengan memasuki ruangan Terapi Oksigen Hiperbarik (HBOT) bersama-sama.
Difahamkan, Mohamad Nur Iman sudah lama menghidap ‘adrenoleukodystophy’ dan gejala awal mula dikesan sejal Juali 2021.
Kisah kanak-kanak terbabit mulai mendapat perhatian masyarakat sejak tiga tahun lalu dan rawai warganet yang mengikuti perkembangan keluarganya untuk mengetahui kondisi semasa Nur Iman.
Sumber: imanramadhanii




