Anak Hidap Skoliosis, Bapa Terharu Fadhlina, YGTHO Bantu Selesaikan Kos Pembedahan

LocalHealth & Fitness
16 Jul 2026 • 10:26 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bapa kepada remaja perempuan penghidap skoliosis, Arissa El Zahra Reduan, 13, meluahkan rasa terharu selepas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bersama Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) tampil menyelesaikan kos pembedahan anaknya.

Reduan Saad, 41, berkata bantuan berjumlah RM10,000 itu amat bermakna bagi memastikan Arissa dapat menjalani pembedahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 8 September depan.

Beliau berkata, dirinya tidak menyangka bantuan berkenaan disalurkan dalam tempoh singkat selepas menerima panggilan daripada Setiausaha Sulit Menteri Pendidikan yang memaklumkan pihak kementerian mahu membantu menampung kos pembedahan anaknya.

“Saya memang tidak sangka akan mendapat bantuan dengan begitu cepat, dan mungkin ini rezeki anak saya.
“Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Menteri Pendidikan dan semua pihak yang tampil membantu, hanya Allah SWT mampu membalas jasa anda semua,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Image from: Anak Hidap Skoliosis, Bapa Terharu Fadhlina, YGTHO Bantu Selesaikan Kos Pembedahan

Arissa, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Putra, Ipoh, disahkan menghidap skoliosis atau tulang belakang membengkok ketika berusia 10 tahun selepas mendapatkan rawatan di HRPB pada Jun 2024.

Image from: Anak Hidap Skoliosis, Bapa Terharu Fadhlina, YGTHO Bantu Selesaikan Kos Pembedahan

Mengulas mengenai prosedur pembedahan itu, Reduan berkata, operasi berkenaan dijangka mengambil masa kira-kira enam jam berdasarkan penerangan daripada pakar ortopedik yang merawat anak sulungnya.

“Saya berharap pembedahan itu akan berjalan lancar dan anak saya kembali pulih seperti kanak-kanak normal seusia dengannya,” katanya.

Reduan turut memaklumkan kos pembedahan Arissa kini sudah mencukupi, selain berharap pihak yang masih berhasrat menghulurkan sumbangan dapat menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak lain yang turut berdepan masalah kesihatan.

Image from: Anak Hidap Skoliosis, Bapa Terharu Fadhlina, YGTHO Bantu Selesaikan Kos Pembedahan

Sebelum ini, Fadhlina memaklumkan beliau bersama YGTHO telah menyelesaikan kos rawatan dan pembedahan Arissa selepas kisah remaja berkenaan tular di media.

Sumber: BH Online

The post Anak Hidap Skoliosis, Bapa Terharu Fadhlina, YGTHO Bantu Selesaikan Kos Pembedahan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved