“Tak payah susah hati…”- Fadhlina, YGTHO bantu selesaikan kos pembedahan remaja hidap skoliosis

LocalHealth & Fitness
16 Jul 2026 • 10:00 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tampil menghulurkan bantuan dengan menyelesaikan kos rawatan dan pembedahan seorang remaja perempuan yang menghidap skoliosis selepas kisahnya tular di media sejak beberapa hari lalu.

Fadhlina berkata, beliau tersentuh melihat semangat Arissa El Zahra Reduan, 13, yang tetap berazam untuk meneruskan persekolahan walaupun berdepan masalah kesihatan.

“Berita ini tular di media kelmarin. Hati siapa tidak terkesan pilu, apatah lagi melihat wajah seorang anak yang cukup bersemangat mahu terus ke sekolah.
“Alhamdulillah, saya bersama YGTHO (Yayasan Guru Tun Hussein Onn) telah menyelesaikan kos rawatan dan pembedahan untuk anakanda Arissa.
“Semoga anakanda Arissa terus diberikan kesembuhan dan afiyah serta dipermudahkan urusan selepas pembedahan kelak,”katanya.

Image from: “Tak payah susah hati…”- Fadhlina, YGTHO bantu selesaikan kos pembedahan remaja hidap skoliosis

Beliau berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial, selain merakamkan penghargaan kepada pengamal media yang menyiarkan kisah remaja berkenaan sehingga bantuan dapat disalurkan dengan segera.

Sebelum ini, media melaporkan Arissa memerlukan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi menampung kos pembedahan skoliosis yang dijadualkan berlangsung di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 8 September ini.

Image from: “Tak payah susah hati…”- Fadhlina, YGTHO bantu selesaikan kos pembedahan remaja hidap skoliosis

Bapanya, Reduan Saad, 41, memaklumkan penyakit itu dikesan ketika Arissa berusia 10 tahun selepas menyedari kedua-dua bahu anaknya tidak seimbang selain tulang belakangnya mula membengkok.

Dengan bantuan yang disalurkan, Arissa dijangka dapat menjalani pembedahan seperti yang dirancang tanpa lagi dibebani masalah kewangan.

Sumber: FB Fadhlina Sidek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved