“Anak I Tak Berdosa, Beratnya Ujian Kita Ni Dik..” – Isteri Berang Anak Baru Lahir Dipersalahkan, Haqiem Stopa Masih Diamkan Diri

LocalFamily & Parenting
26 Sep 2025 • 9:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, sejak beberapa hari ini, nama ikon permotoran dikenali ramai iaitu Haqiem Stopa menjadi bualan warganet susulan didakwa ‘membeli’ pekerja pemilik kedai dessert terkenal, Suka Dessert iaitu Auntie Ja.

Haqiem masih diamkan diri, isteri dan anak jadi ‘sasaran’

Biarpun isu sudah berleluasa di serata platform tetapi dilihat Haqiem masih memilih untuk tidak mengulaskan tentang perkara ini ataupun cuba untuk meredakan keadaan yang sedang tegang.

Susulan sikapnya, isteri serta anak yang baru saja dilahirkan menjadi sasaran netizen yang tidak berpuas hati terhadap dirinya.

Tidak mendiamkan diri, isteri Haqiem iaitu Aireena Sofia tampil mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekira ada pihak ‘menyentuh’ anaknya.

image is not available

image is not available

Isteri minta jangan salahkan anak, berat ujian yang dilalui

Aireena meluahkan dugaan yang mereka alami ini terlalu berat dan rasa anaknya yang baru lahir tidak patut disalahkan oleh warganet kerana dia sama sekali tiada kena mengena dengan isu membabitkan kafe milik Haqiem.

Boleh cakap I bukan-bukan, tapi bukan pada anak I. Jangan mempersalahkan anak I. Anak I tak berdosa, baru lahir kat dunia ni. Beratnya ujian kita adik.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, personaliti media sosial itu turut menegaskan bahawa dirinya tidak akan memaafkan mana-mana individu yang bercakap tentang anaknya.

Adik, membesar dengan baik, jaga mummy, defend mummy tau.

image is not available 2025-09-25 11:04:40

Kena Tempias Isu Haqiem Stopa Didakwa 'Beli' Pekerja Auntie Ja, Isteri Bersuara - "Saya Nak Tengok Suami Berjaya, Tapi Bukan Cara Macam Ni.."