“Saya Duduk Dalam Hubungan Toxic Selama Ni, Baik Hanya Dalam Camera” – Haqiem Stopa

EntertainmentLifestyle
26 Sep 2025 • 7:32 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Isu melibatkan ikon permotoran, Haqiem Stopa nampaknya masih belum reda apabila dia akhirnya tidak mendiamkan tentang isu yang sedang berlaku ketika ini.

Akhirnya Haqiem Stopa bersuara

Dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Haqiem berkata dirinya perlu mengumpul bukti bahawa ada pihak yang menghina keluarganya serta cuba untuk sabotaj bisnes yang sedang dijalankan.

Katanya lagi, dia sama sekali tidak mempunyai sebarang niat untuk mendiamkan diri, cuma Haqiem merasakan apabila dirinya bersuara, orang ramai akan menghentamnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sadzri Hakim (@haqiem_stopa)

Saya berbunyi saya yang play victim. Pihak sana bunyi ‘ouh kesian dia laki dia buat dia’. Saya okay sahaja. Lepas ni macam-macam lagi jadi selagi saya masih ada apa-apa.

Berada dalam hubungan toxic

Dalam luahan itu juga, Haqiem seakan-akan memberi gambaran bahawa dia bersama isteri, Aireen Sofia tidak mempunyai hubungan yang baik.

image is not available

Saya duduk dalam hubungan yang toxic selama ini, baik hanya dalam camera. Saya pula dari dulu memang netizen tak suka.

Namun difahamkan hantaran tersebut telah dipadam oleh Haqiem setelah beberapa minit dimuat naik di platform berkenaan.

image is not available 2025-09-26 15:23:20

Ada Isu Dengan Isteri Kini Dek Kes 'Curi' Resipi Aunty Ja, Respon Haqiem Stopa Tular - "Terima Kasih Jadikan Aku Orang Jahat"