Anak jerut ibu dipercayai kerana halusinasi dadah

16 Nov 2026 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Anak jerut ibu dipercayai kerana halusinasi dadah
Suspek direman tujuh hari sehingga 20 November untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BANTING - Halusinasi akibat pengambilan dadah dipercayai punca seorang lelaki bertindak menjerut leher ibunya sehingga maut di sebuah rumah di sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek berusia lingkungan 20-an positif dadah methamphetamine.

"Punca kejadian dipercayai kerana halusinasi dadah.

"Siasatan lanjut dijalankan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi termasuk ahli keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan suspek direman tujuh hari sehingga 20 November untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada Jumaat, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999, kira-kira jam 1 petang.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 50-an dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher sebelum polis menahan anak lelaki mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved