Ibu maut dijerut: Anak lelaki direman 7 hari

14 Nov 2026 • 11:25 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ibu maut dijerut: Anak lelaki direman 7 hari
Mohd Akmalrizal.

BANTING - Seorang lelaki yang dipercayai menjerut leher ibunya sehingga maut di sebuah rumah di sini direman tujuh hari bermula Sabtu untuk membantu siasatan kes.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, perintah reman terhadap suspek dikeluarkan sehingga Jumaat depan.

"Suspek berusia lingkungan 20-an direman tujuh hari hari ini (Sabtu).

"Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan motif kejadian sedang disiasat," katanya pada Sabtu.

Sebelum itu, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999, kira-kira jam 1 petang, Jumaat.

Media melaporkan, pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 50-an dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher.

Susulan kejadian itu, polis menahan anak lelaki mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved