“Anak Kacak, Keluarga Mereka Bahagia” – Peminat Bertuah Kongsi Pengalaman Jumpa Song Joongki, Isteri & Anaknya

Music
27 Feb 2024 • 12:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mesti ramai kan yang tertanya-tanya tentang wajah anak sulung Song Joong-ki?

Terbaru pada 26 Februari, seorang peminat telah memuat naik satu hantaran, berkongsi kepada orang ramai pengalamannya ketika terserempak dengan keluarga bahagia Song Joong-ki, termasuklah isterinya Katy Louise Saunders dan anak mereka.

Turut memuat naik fotonya bersama pelakon lelaki itu sebagai bukti, peminat tersebut berkongsi,

Song Joong-ki bercakap dalam bahasa Korea kepada isterinya dengan perlahan dan dia boleh faham. Tetapi sudah tentu pelakon itu masih menjadi penterjemah apabila isterinya berbual dengan orang Korea.

image is not available

Selain itu, mereka yang bertuah dapat menemui anak Song Joong-ki turut menyatakan bahawa bayi mereka sangat kacak dan paling kacak antara yang lain.

Untungnya dapat terserempak dengan keluarga Song Joong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.