“Dia Bagi Duit Untuk Beli..” – Kayanya! BIBI Dedah Sikap Pemurah Song Joongki Buat Rakan Pelakon

Music
8 Feb 2024 • 12:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Song Joong-ki juga turut disayangi ramai kerana peribadinya yang sentiasa disenangi.

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi BIBI telah tampil dalam program “Radio Star” sebagai tetamu, di mana dia ada menceritakan pengalamannya berlakon dengan Song Joong-ki dalam filem “Hopeless”.

Kongsi wanita itu,

Dia hebat.

Sambungnya lagi dengan berkongsi tentang sikap pemurah Song Joong-ki,

Dia juga membelikan saya telefon baru. Ia adalah antara telefon model terbaru yang ada pada ketika itu. Ketika kami sedang berehat dari penggambaran, saya sedang bermain telefon dan sambil teruja berkata ‘Oh, telefon ini nampaknya akan keluar tak lama lagi!’. Saya tidak mengatakan itu kepada sesiapa secara khusus tapi Song Joong-ki mendengarnya dan terus berkata ‘Belilah!’. Dia juga belikannya untuk Hong Xa-bin.

image is not available

Kongsi BIBI lagi,

Selepas itu, Song Joong-ki memindahkan wang ke akaun bank saya supaya saya boleh membeli telefon itu sendiri. Dia menghantar saya jumlah tepat wang yang diperlukan untuk mendapat telefon itu.

Wah seronoknya! Gitu je tau Song Joong-ki belikan telefon baru untuk orang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.