Anak Kak KM hidap jantung berlubang, dari bayi didianogsis masalah injap

20 Jul 2023 • 9:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan terkenal, Liana Rosli atau biasa disapa Kak KM telah berkongsi berita bahawa anak ketiganya telah dimasukkan ke hospital disebabkan kurang sihat.

@kakkm.sweetdara_

Semoge baby rania cepat sembuh dan dipermudahkan segale urusan..lindungi die ya Allah… #doakesembuhan #anakkkakkm #bbyrania

♬ Doaku Untukmu Sayang – DNMix

Alami masalah jantung berlubang

Menurut Kak KM, doktor memaklumkan akannya dikenali sebagai Rania mengalami masalah jantung berlubang. Usahawan itu juga dilihat menangis sewaktu menceritakan kesihatan remaja terbabit di dalam video yang dikongsikan di media sosial.

@kakkm.sweetdara_

Ya Allah aku tak kuat laaaaa Doakan anak kakkm ya @km_bebirania Anak yang baik anak yang rajin #doakesembuhan #babyrania #fyppppppppppppppppppppppp #anakkkakkm

♬ Doa Untuk Kamu (Cover) – Cefi gunawan

Ujarnya lagi, dia amat merisaukan keadaan Rania yang biasa dipanggil Baby. Tak hanya itu, Kak KM juga memberitahu bahawa dia perlu menanggung segala kos perubatan kerana belum sempat untuk mendapatkan insurans.

Jadi, ketika ini pihak hospital baru membuat pemeriksaan kesihatan sebagai prosedur untuk mendaftar insurans.

Memang ada masalah injap dari bayi

Tambah founder jamu tersebut, sebenarnya Rania memang pernah didianogsis mengalami masalah pada injap jantungnya sejak bayi, namun sejak bertambah dewasa dia menunjukkan simptom lain seperti kesukaran untuk bernafas.

@kakkm.sweetdara_

aku sayang sampaiii mati. segenap hati ini…Alhamdulillah,,semua berjalan lancar…semoge rania kembali sihat seperti biase. #akusayangsampaimati #anakkakm #fypppppppppppppp

♬ bunyi asal – meknaa_lyrics – meknaa_lyrics

Semoga cepat sembuh Rania

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar anak kepada usahawan itu segera sembuh dan segala urusan Kak KM sekeluarga dipermudahkan lebih-lebih lagi dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T

image is not available

Semoga Allah angkat kesakitan Rania

image is not available

Bab anak ni memang hati cepat rapuh

image is not available

Sedih tengok muka Kak KM

image is not available

 

Sumber: TikTok Kakkm.sweetdara